OKTOBER 2022

Lebih Enam Ribu Hadir Town Hall Dan Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak 2022


KUALA LUMPUR 16 Okt. 

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg setelah tiba dari Lawatan Kerja dari Tokyo terus ke Majlis Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak bertempat di Pusat Pameran dan Ekpo  ( Mitec ) Kuala Lumpur pada jam 5 ptg dan Majlis Makan Malam Lan Berambeh bersama TYT Pehin Sri Tun Abdul Taib bin Mahmud serta isteri.

YAB Abg Jo dalam Townhall antara lain akan mengambil perhatian dan tindakan diatas semua cadangan dan permintaan para pelajar kita di semenanjung khususnya berhubung kerjasama antara pemimpin Kerajaan dan pemimpin pelajar serta masalah penginapan dan kos Sara hidup mereka di semenanjung.

Beliau juga telah menerangkan halatuju dasar baharu Post Covid Development Stategi (PCDS) 2030 melalui Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau dan juga memaklumkan bahawa Pelaburan luar sebanyak USD 600 Juta telah di menterai. 

Beliau berharap para pelajar akan bersama membantu mencapai dasar PCDS 2030 kearah Sarawak Maju pada Tahun 2030. 

Pada Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Abd Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Regad Kurdu Taib dan isteri Premier Sarawak Datuk Amar Puan Sri Juma'ani bt Tun Tuanku Bujang turut bersama meraikan majlis bersama anak-anak Sarawak di Semanjung.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Dato Seri Fadillah Yusuf, MP Petra Jaya selaku Pengerusi Penganjur, Speakar DUN Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan kenamaan lain

Sumber dari : Sarawakku